Wednesday, October 24, 2012

Miracle of tea

Salam,hari ni cerita pasal teh pulak.I am one of tea lovers, strawberry tea..chinese jasmine tea..but the best tea yg dah cuba is Pu Erh tea...

Teh Pu Erh ni adalah teh yg telah di compress, dan disimpan beberapa tahun ,semakin lama disimpan , semakin mahal harga teh ni.ada yg mencecah ribuan ringgit..



Antara obvious effect after drinking this tea ialah:

i) Muka lebih glowing, cerah.
ii) Less Asthma attack
iii) Tidak lagi bersin waktu pagi
iv) Less allergic effect if expose to dust (mcm gatal2 muka, hidung, etc)
v) Loss weight (2 kg) 2 weeks
vi) Feel fresh, healthy and happy!!

memang best..ingat lepas ni nak consume balik cos ari tu stop sebab pregnant.Harga satu buku (bentuk bulat) is rm70..teh ni memang bagus utk kesihatan.


Yang ni ada artikel menarik tentang teh utk pengetahuan am kita semua .:)



Minuman teh adalah minuman yang paling semulajadi selain daripada air. Khasiat minuman teh memang tidak terhingga sebenarnya. Teh adalah sejenis tumbuhan hijau semulajadi yang dikenali sebagai Camellia Sinensis.

Dianggarkan hampir 3000 jenis teh di seluruh dunia adalah dari jenis tumbuhan yang sama. Daun tumbuhan ini berbentuk bujur dan dasar permukaannya lebih licin dan berkilau. Paling istimewa, tumbuhan ini cukup popular di negara China dan India. Kini, teh berkembang pesat lebih daripada 25 buah negara di seluruh dunia.


Biasanya, teh dihasilkan kepada tiga kategori umum iaitu teh hijau, Oolong dan jenis teh hitam sebaik saja diproses. Teh hijau adalah teh yang tertua dan asalnya dari negara Jepun dan China. Untuk Oolong pula, ia dikategorikan antara teh hijau dan teh hitam. Selain itu, terdapat tiga jenis teh yang dihasilkan mengikut cara yang berbeza. Antaranya ialah:-


1. PENAPAIAN SEPENUHNYA (FULLY FERMENTED)

Teh jenis ini dihasilkan melalui proses penapaian secara sepenuhnya dan contohnya ialah herba Ceylon dan teh Inggeris. Proses penapaian antara proses yang paling sukar di mana rasa, bau aroma dan warna mula terhasil.

2. PENAPAIAN SEPARUH (SEMI-FERMENTED)

Proses ini melibatkan cara pengeringan yang terdedah kepada cahaya matahari dan kemudiannya digulungkan dengan ringan hingga bertukar merah. Selepas itu, teh itu digoreng dengan api sederhana hingga bertukar warna. Kebanyakan teh cina menggunakan cara ini.

3. TANPA PENAPAIAN (UNFERMENTED)

Proses ini hanya melibatkan cara stim dan menggoreng dengan api sederhana sebaik saja dipetik. Warnanya bertukar menjadi hijau muda dan rasanya agak pekat apabila direndam dalam air panas.

Anda digalakkan meminum sebanyak 4 cawan teh yang merangkumi 16% kandungan kalsium, 10% zinc, 10% asid folik, 9% Vitamin B1, 25% Vitamin B2 dan 6% Vitamin B6. Selain itu, ia juga mengandungi sebanyak 5% kandungan protein dan karbohidrat. Menurut kajian pakar baru-baru ini, teh mampu mengubati pelbagai jenis penyakit dan antaranya:-




1. Golongan lelaki yang meminum 4 hingga 5 cawan teh dalam sehari dapat mengurangkan hampir 70% risiko penyakit strok dibandingkan kepada mereka yang jarang minum.

2. Selain itu, minuman teh juga boleh merendahkan kolesterol dan tekanan darah.
3. Keberkesanan untuk proses penghadaman dan senak perut. Sesuai diminum sebelum dan selepas makan. Anda digalakkan meminum teh selepas aktiviti senaman lasak kerana khasiatnya lebih mudah diserap ke dalam badan.
4. Mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan melindungi gigi daripada rosak.
5. Sesuai untuk golongan yang sedang berdiet dan juga rahsia awet muda.





JENIS-JENIS TEH CINA :

Teh mula diperkenalkan di negara China lebih kurang 6000 tahun lalu. Teh atau dikenali sebagai 'Cha', dalam bahasa Kantonis dibahagikan kepada lima jenis teh yang berbeza iaitu:-

1. Teh Hijau :

Warna teh hijau dikekalkan iaitu tanpa melalui proses penapaian.


2. Teh Hitam :

Teh hitam atau dikenali sebagai 'Hong Cha'. Teh ini melibatkan proses penapaian sepenuhnya iaitu dari hijau muda bertukar menjadi hitam. Antara teh hitam yang popular ialah Qi Hong (Anhui), Dian Hong (Yunnan) dan Ying Hong (Guangdong).


3. Teh Wulong :

Teh ini adalah lebih kurang sama dengan Oolong di mana keharumannya antara teh hijau dan hitam. Cukup popular di kawasan Fujian, Guangdong dan Taiwan.


4. Teh Harum :

Biasanya, jenis teh ini banyak dicampurkan dengan bunga atau herba berbau harum ketika menjalani proses separuh penapaian. Antara bunga yang digunakan ialah bunga Jasmine, Rose, Plum dan Magnolia.


5. Teh Mampat :

Teh ini akan dimampatkan menjadi bentuk bulat dan memanjang yang boleh disimpan dalam jangka masa lama. Teh jenis ini adalah berwarna hitam dan disebut sebagai teh hitam di negara China. Ia banyak dihasilkan di Hubei, Hunan, Sichuan dan Yunnan. Teh yang paling terkenal di kawasan Yunnan ialah 'Teh Pu'er'.



JENIS-JENIS TEH JEPUN :

Biasanya, teh hijau adalah jenis teh utama di negara Jepun. Secara umumnya, teh disebut sebagai 'Ocha', dalam bahasa Jepun.


1. Teh Hijau :

Serbuk teh hijau atau dikenali sebagai 'Matcha', akan distim sebaik saja dipetik tanpa menjalani proses pengoksidaan. Kualiti dan rasa teh daripada jenis ini lebih sedap dibandingkan dengan teh yang lain.


2. Teh Kasar :

Kualiti teh ini lebih kasar. Biasanya, teh ini banyak digunakan untuk hidangan tetamu dan di restoran. Harganya juga lebih murah berbanding yang lain. Ia dihasilkan daripada daun yang bersaiz besar dan dipetik ketika pertengahan musim panas dan sejuk sederhana.


3. Teh Gyakuro :

Teh ini adalah grade teh Jepun yang paling bermutu tinggi dan mahal kerana hanya daun pucuk muda dan warna cerah yang dijadikan teh. Tanaman ini dikawal rapi dan tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari secara terus.


4. Teh Genmai :

Genmai Cha adalah sejenis teh beras, campuran bancha dan bijirin yang telah dipanggang dan menghasilkan bau yang harum.


5. Teh Sencha :

Dikenali sebagai teh semai, gred sederhana yang sesuai untuk tetamu kehormat. Daun pucuk muda ini dipetik ketika musim bunga. Warna dan rasa tehnya lebih jernih.



TIPS MEMBUAT TEH :



1. Teh tidak digalakkan untuk memanas semula apabila airnya habis diminum. Ini kerana, rasa dan kualitinya tidak terjamin.

2. Jangan rendam teh terlalu lama dan maksima ialah 3-5 minit. Hidangkan terus sebaik saja dibancuh.
3. Gunakan air mendidih dan bukannya air suam. 






0 Comments:

Search This Blog