Salam,
Entry kali ini nak cerita sikit pasal handbag dari perspektif saya seorang wanita.Secara amnya, handbag atau tas tangan atau beg tangan adalah penting untuk seorang wanita dalam kehidupan seharian.Tanpa handbag tak lengkaplah outfit of the day atau 'ootd' utk diupload kedalam instagram seseorang wanita itu.hehe.Dari harga murah, sederhana hingga ke handbag mahal atau paling mahal, seorang wanita sanggup mendapatkan sebuah handbag atau berjenis2 handbag kerana umumnya sebagai wanita tidak puas hanya berbekalkan satu handbag.
Terdapat bermacam2 jenis jenama handbag dipasaran, dari jenama tempatan seperti Sembonia, Hush Puppies, Bonia, Carlo Rino hingga ke jenama antarabangsa seperti Guess,CK,Kate Spade, Coach etc.Lain brand lain design concept nye kan.Ada wanita yg sanggup berbelanja beribu ringgit hanya kerana jenama handbag, contoh handbag Celine yg nilainya mungkin RM11,000 utk Celine Micro.Atau kalau yg 'murah' sikit jenama LV yg mungkin nilainya RM3800 keatas utk LV Canvas Monogram. Mungkin ada yang kata membazir, bagi aku tak salah kalau dia mmg sanggup mengeluarkan duit sebanyak itu kerana mungkin dia mampu, kalau tak mampu takkanla sanggup nak beli.Terus terang aku paling suka design Celine, elegant tapi moden, takpun design Marc from Marc Jacob ataupun LV Canvas Monogram.Coach aku kurang suka, sbb terlalu common tapi aku suka kualiti Coach, kemas.
Sekarang ni entah kenapa aku suka Kipling sebagai handbag harian aku, sbb ringan dan senang dibasuh.Mmg ringan sbb dibuat dari nylon yg berkualiti, nak sangkut ke bahu pun best.Roomy dan byk compartment, antara Kipling model yg aku suka ialah Defea, dan kalau untuk ke ofis aku paling suka Kipling Helena Tote, besar dan agak simple.Dari segi harga aku mengakui harganya agak mahal, tapi kerana design,kualiti serta ringannya handbag Kipling aku tak kisah sgt harga,kalau nak murah boleh order dari online la,atau terus dari outlet USA.
Byk Kipling tiruan sekarang, so mcm mana nak tau tiruan mmg byk beza, aku tgk sekali je dah tau.Kipling tiruan byk sungguh stock colour tapi hakikatnya Kipling takkan keluarkan stock colour yg byk dan dia bergantung pada season,bukan sentiasa ada colour atau design tersebut.Materialnya pun agak kasar, dan cepat koyak.Monkey nya pun agak kejung, compare dgn original yg materialnya agak lembut, jahitan halus ,monkey nya pun lembut, paling best dan sgt ketara dari segi berat dan agak tahan lama.
Okeh..jom layan gambo..hehe
|
Kipling Defea |
|
Boleh bawak gi kerja ni ,smart okeh.. |
|
Kipling Helena Tote |
|
Gila smart Kipling Helena tote yg ni..huhu |